Saturday 30 October 2021

Desain Cukai atau Pajak Dalam Islam

 

Kata Cukai dalam Islam dikenal dengan nama dharibah. Ia diambil dari kata dharaba yang ertinya utang, cukai tanah atau lainnya. Dharibah bermaksud sesuatu yang mesti dibayar atau sesuatu yang menjadi beban.[1] Oleh itu, orang ramai biasanya melihat cukai sebagai paksaan dan beban yang berat. Bagi Yusuf al-Qardawi cukai hampir mempunyai kesasamaan dengan zakat, beliau menjelaskan bahawa terdapat bebrapa aspek utama yang mendekatkan persamaan zakat dengan cukai dan perbezaan antara cukai dengan zakat. Aspek persamaan tersebut ialah:[2]

 


Unsur paksaan dan kewajiban yang terdapat dalam cukai dan juga zakat

b.  Cukai harus dibayar kepada institusi sah ataupun negara, zakat pun mesti diberikan kepada negara atau institusi yang berautoriti penuh (‘amil zakat)

c.  Dalam cukai tidak ada balasan tertentu iaitu pembayar cukai akan membayar cukai kepada kerajaan tanpa diberikan pulangan tertentu. Begitu juga dengan muzakki (orang yang membayar zakat) tidak mendapat balasan tertentu.

d.      Jika tujuan daripada percukaian pada masa kini ialah untuk tujuan ekonomi, politik dan kebajikan masyarakat, maka zakat pun demikian. Bahkan tujuan daripada zakat lebih jauh lagi menyentuh kepentingan public dari kalangan fakir dan miskin dan sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat.

 

Cukai telah lama dikenal sebelumnya dalam Islam, umat Islam telah lama mengamalkannya dalam kegiatan perekonomian di negara-negara Islam. Menurut M. A Manan dengan adanya amalan tersebut konsep cukai telah ada dan dikenal dalam Islam.[3] Sebahagian ulama fiqh berpendapat bahawa kerajaan boleh melakukan pungutan cukai, sebahagian ulama menamai cukai dengan dharaib (jamak dharibah). sebagian ulama Malikiyah pula menyebut cukai dengan al-wadhaif atau al-kharaj dan ulama Hanafiyah menyebut al-nawaib jamak dari kata na’ibah iaitu nama bagi sesuatu yang menggantikan seseorang daripada pihak sultan dengan sesuatu yang hak atau batil, sementara ulama Hanabilah menyebutnya dengan al-kulaf al-sulthaniyah iaitu beban harta yang diwajibkan oleh sultan terhadap rakyatnya atau kepada sebagian daripada mereka.[4]

 

Menurut Yusuf al-Qardawi, cukai tidak hanya bertujuan semata-mata kewangan sahaja ,namun tujuan asasnya ialah mengumpulkan wang untuk membiayai segala keperluan negara. Sedangkan harta lainnya yang diperoleh seperti zakat ia hanya terbatas pada delapan golongan asnaf sahaja yang telah disebutkan dalam al-Qur’an.[5] Oleh itu, harta seperti zakat hanya boleh dipergunakan kepada matlamat yang dibolehkan dalam syarak. Harta zakat tidak boleh dipergunakan untuk membangun jalan, jembatan dan pembangunan lainnya. Oleh itu, untuk membiayai keperluan-keperluan kos pembangunan dan belanja negara tidak ada jalan lain kecuali kerajaan mewajibkan cukai kepada rakyat.

 


Para ulama membolehkan mengutip cukai untuk sumber pendapatan negara, cukai tersebut diwajibkan oleh pemimpin dalam suatu negara kepada rakyatnya. Al-Qardawi mengutip pendapat imam al-Ghazali yang bermazhab Syafi’i, di mana al-Ghazali menyatakan bahawa apabila kas negara kosong dan tidak ada biaya yang mencukupi untuk pengeluaran biaya tentara dan dikhawatirkan musuh dapat masuk ke negara Islam atau terjadinya pemberontakan dari pihak mereka yang bermaksud jahat, maka dibolehkan kepada pemimpin negara mengutip biaya dari orang kaya sekadar dapat mencukupi pembiayaan tentara.

 

 Pendapat seperti ini menurut al-Qardawi tidak ditemukan pada masa permulaan Islam, kerana pada waktu itu kewangan negara cukup besar. Berbeza dengan zaman sekarang, jika pemimpin negara tidak mewajibkan cukai maka akan hilanglah kekuasaannya dan negara akan menghadapi penguasaan orang kafir, padahal segalanya itu terletak pada kekuatan pemimpin negara.[6]

 

Suatu negara dalam pandangan Yusuf al-Qardhawi mempunyai peran untuk mewajibkan zakat dan juga negara mempunyai peran untuk mewajibkan cukai pendapatan bagi penduduk yang layak untuk kenakan cukai.[7] Pengenaan cukai merupakan suatu cara pengagihan pendapatan yang membantu kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan selain zakat. Semua bentuk cukai yang diwajibkan oleh kerajaan tujuannya hanya satu iaitu untuk kebajikan bagi rakyat, baik rakyat yang muslim atau non muslim. Atas dasar itulah bahawa suatu negara Islam boleh mengenakan cukai kepada rakyatnya. [8]

 

Dalam fiqh Islam telah dikenal pendapatan negara selain zakat iaitu cukai yang adil yang telah ditetapkan oleh jamaah ahli fiqh daripada beberapa mazhab. Dalam fiqh Hanafi bahawa orang-orang terdahulu dan juga orang-orang kemudian mengakui cukai yang adil dan menetapkan pelaksanaannya. Al-Qardawi mengutip beberapa pandangan dalam mazhab empat tentang cukai yang dibenarkan dalam Islam. sebagaimana al-Qardhawi mengutip pendapat Ibnu Abidin menyatakan bahawa di antara an-nawaib (nama cukai dalam mazhab Hanafi) ada yang benar. Seperti untuk memperluas sungai yang digunakan bersama, gaji para tentara, menebus para tawanan dan lainnya, tetapi jika harta Baitul Mal tidak ada lagi dana maka diwajibkan kutipannya terhadap rakyat secara rutin.[9]

           

Sesuatu yang diwajibkan oleh sultan atau pemimpin negara terhadap rakyatnya untuk kepentingan bersama adalah menjadi utang yang wajib dan hak yang benar seperti kharaj, bahkan seperti upah kepada polis atau tentara, pembuatan jalan-jalan, dan lainnya. Tetapi hal ini diketahui oleh fuqaha namun tidak difatwakan kepada orang ramai kerana dikhawatirkan menjadi fitnah. Oleh itu, al-Qardhawi melanjutkan pendapat Ibnu Abidin bahawa hal ini tidak perlu diberitahu kepada penguasa atau sultan supaya para penguasa tidak menambah kutipan cukai dengan tanpa hak yang dibenarkan.

 

Hukum berkenaan hanya sebatas diketahui di lingkungan ahli fiqh dan murid-muridnya sahaja, tidak disebar luaskan kepada para penguasa pada zaman tersebut sehingga membebani rakyat dengan mengemukakan alasan atau tidak. Para ahli fiqh Hanafi menyatakan bahawa apa yang diwajibkan oleh sultan atau pemimpin negara untuk kepentingan orang ramai adalah utang yang wajib dibayar dan hak yang benar. Dalam mazhab Maliki pula, bahawa mewajibkan kharaj terhadap kaum muslimin termasuk dalam kaedah maslahih-mursalah. Menurut ulama dalam mazhab Maliki tidak diragukan lagi kebolehan mengutip kharaj. Imam Ghazali dan Imam Syatibi pula membolehkan kharaj apabila Baitul Mal dalam keadaan tidak ada dana sedangkan kerajaan memerlukan kepada wang untuk kos belanja negara.

 

Oleh itu, yang menjadi priotiti sekarang sehubungan kebolehan bagi negara-negara Islam untuk mengutip cukai daripada rakyat dan kewajiban rakyat untuk mentaatinya adalah bahawa kutipan cukai itu mestilah diasaskan kepada pertimbangan kemaslahatan yang benar-benar (muhaqqaqah). Namun demikian, sering terjadi kesalahpahaman dalam mengertikan sesuatu itu sebagai mashlahah atau mafsadah. Akan tetapi jika kita mengkaji lebih mendalam bahawa kemashlatan yang dimaksudkan itu hanyalah cenderung kepada keuntungan individu atau kepentingan golongan tertentu. Sedangkan rakyat menderita dengan adanya cukai yang tidak adil yang diberlakukan oleh suatu kerajaan.


[1]  Yusuf al-Qardhawi, Fiqh al-Zakah (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1973), Juz. 2, 997.

[2]  Al-Qardhawi, Fiqh al-Zakah, 997-998.

[3]  M. A Manan, Islamic Economic, 312.

[4]  Yusuf al-Qardhawi, Fiqh al-Zakah, 999-1001.

[5] Al-Qardhawi, Fiqh al-Zakah, 1073.

[6] Ibid., 1075-1077

[7] Ibid., 1006.

[8] Md. Zaydi Mad tahir dan Rogayag Hj. Mat Zin, Ekonomi Percuakaian, 13.

[9] Yusuf Al-Qardhawi, Fiqh al-Zakah, 1074.

 

 

 

 

 

 

Cukai dan Pajak Dalam Perspektif Teoritis

 

a.  Pengertian Cukai

Cukai oleh beberapa sarjana mendefenisikan iaitu yuran wajib yang terhutang kepada negara oleh wajib cukai, menurut peraturan-peraturan  dengan tidak mendapatkan imbalan secara langsung. Cukai tersebut dapat digunakan untuk membiayai keperluan awam yang berhubungan dengan tugas negara untuk menyelenggarakan pemerintahan.[1]

 

Cukai sebagai kutipan wajib kepada kerajaan terhadap pihak-pihak tertentu mengikut kaedah yang telah ditentukan oleh kerajaan, yang berfungsi untuk perbelanjaan kerajaan seperti pengeluaran, pembiayaan pembangunan, pembiayaan perbelanjaan awam yang berhubung kait dengan tugas kerajaan dalam menjalankan aktiviti pemerintahan.[2] Ia merupakan suatu bayaran yang dimestikan oleh kerajaan sebagai balasan kepada penggunaan pendapatan, kekayaan atau sumber-sumber negara yang lainnya. Namun, bayaran untuk faedah khusus kepada seseorang tidak dianggap cukai seperti bayaran lesen perniagaan, tol lebuh raya dan sebagainya.[3]

 

Pada masa sekarang ini di era globalisasi dan moden, kata cukai dikenal kata dharaib (jamak dharibah). Dan terdapat sebagian ahli mazhab Malikiyah menyebut cukai dengan al-wadhaif atau al-kharaj, begitu pula dengan ulama mazhab Hanafiyah menyebut al-nawaib, sementara kalangan ulama Hanabilah mengenalnya dengan al-kulaf al-sulthaniyah.[4]  Menurut M.A Manan cukai adalah pengambilan dari masyarakat dengan cara paksaan yang diwajibkan bagi orang ramai dalam suatu negeri. Bayaran wajib yang dikenakan kerajaan kepada rakyat yang terlibat dengan asas cukai yang diamalkan.[5] impak secara lansung dari diwajibkannya cukai pada asasnya adalah untuk mengambil sebahagian pendapatan dan kekayaan  rakyat secara adil seterusnya akan diagihka secara tepat sasaran kepada sektor-sektor am dalam rangka mengurangi beban kerajaan dalam membangun perekonomian makro dan mikro untuk mengelak penindasan yang disebabkan oleh praktek  riba bagi negara-negara Islam di dunia.

 

b  Sumber Cukai

 



Hampir Setiap negara Islam di dunia, harus menerapkan sistem percukaian secara intensif dan konfrehensif kepada dua jenis cukai penting, iaitu cukai langsung dan cukai tak langsung, sama halnya dengan yang di amalkan oleh negara Malaysia. Sistem percukaian langsung adalah cukai yang wajib dibayar secara langsung atau terus oleh pembayar cukai.[6] Dalam hal ini, Pembayar cukai tidak boleh memindahkan beban cukai yang dikenakan kepada individu atau syarikat kepada orang lain.[7] Banyak jenis cukai yang dapat dikelompokkan kepada sistem percukaian alangsung, diantaranya cukai pendapatan, cukai keuntungan yang berasal dari harta tanah, cukai aktiviti melalui  perniagaan pesisir Labuan dan juga cukai duti setem.

 

Sedangkan cukai tidak langsung pula cukai yang dikutip tidak langsung daripada pembayar cukai melalui suatu pihak. Cukai jenis ini dikutip daripada orang-orang yang tidak menanggung bebannya. Seperti daripada pengilang, pengimport, penjual dalam negeri kemudian dipindahkan kepada pengguna yang membeli barangan tersebut. Di antara contoh cukai tidak langsung yaitu cukai perkhidmatan, cukai kastam, duti import dan eksport serta cukai jualan.

 

Sistem Cukai pendapatan dibayar oleh invididu yang memperoleh pendapatan dari sebab tinggal dan bekerja di Malaysia dalam masa suatu tahun. Pendapatan yang dimaksud termasuk pendapatan yang didapat daripada perniagaan, penggajian, dividen, sewa, royalti dan lainnya keuntungan. Sedangkan pendapatan masyarakat individu yang didapat dari bekerja di negara luar tidak dihitung sebagai cukai pendapatan.

 



[1] A.A. Barata dan A.A. Adrian, Percukaian (Bandung: CV Amico, 1989), 4.

[2] Hamdan Aini, Percukaian (Jakarta: Bumi Aksara, 1985), 1.

[3] Nor Azizah Abd Manaf, Noraza Mat Udin, Zaimah Zainol Arifin, Pengenalan Kepada Sistem Pencukaian di Malaysia (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2004), 1.

[4] A. Malik Madaniy, Pajak dalam Perspektif Fiqh Islam (Yogyakarta, UIN Sunan Kalijaga, 2008), 31.

[5] M. A Manan, Islamic Economic (Pakistan: Lahore Ashraf Publication, 1970), 311.

[6] Nor Shaipah Abdul Wahan dan Hazeline Ayoup, Pengantar Percukaian (Petaling Jaya: Pearson Malaysia, 2006), 2.

[7] Md. Zyadi Md. Tahir et al., Ekonomi Percukaian, 10.

 

 

 

MANAGEMENT SYARIAH

  A. PENGAWASAN DALAM ISLAM Kata pengawasan dipakai sebagai arti harfiah dari kata controlling. Control adalah pengawasan, penilikan, peng...