Saturday, 30 October 2021

Cukai dan Pajak Dalam Perspektif Teoritis

 

a.  Pengertian Cukai

Cukai oleh beberapa sarjana mendefenisikan iaitu yuran wajib yang terhutang kepada negara oleh wajib cukai, menurut peraturan-peraturan  dengan tidak mendapatkan imbalan secara langsung. Cukai tersebut dapat digunakan untuk membiayai keperluan awam yang berhubungan dengan tugas negara untuk menyelenggarakan pemerintahan.[1]

 

Cukai sebagai kutipan wajib kepada kerajaan terhadap pihak-pihak tertentu mengikut kaedah yang telah ditentukan oleh kerajaan, yang berfungsi untuk perbelanjaan kerajaan seperti pengeluaran, pembiayaan pembangunan, pembiayaan perbelanjaan awam yang berhubung kait dengan tugas kerajaan dalam menjalankan aktiviti pemerintahan.[2] Ia merupakan suatu bayaran yang dimestikan oleh kerajaan sebagai balasan kepada penggunaan pendapatan, kekayaan atau sumber-sumber negara yang lainnya. Namun, bayaran untuk faedah khusus kepada seseorang tidak dianggap cukai seperti bayaran lesen perniagaan, tol lebuh raya dan sebagainya.[3]

 

Pada masa sekarang ini di era globalisasi dan moden, kata cukai dikenal kata dharaib (jamak dharibah). Dan terdapat sebagian ahli mazhab Malikiyah menyebut cukai dengan al-wadhaif atau al-kharaj, begitu pula dengan ulama mazhab Hanafiyah menyebut al-nawaib, sementara kalangan ulama Hanabilah mengenalnya dengan al-kulaf al-sulthaniyah.[4]  Menurut M.A Manan cukai adalah pengambilan dari masyarakat dengan cara paksaan yang diwajibkan bagi orang ramai dalam suatu negeri. Bayaran wajib yang dikenakan kerajaan kepada rakyat yang terlibat dengan asas cukai yang diamalkan.[5] impak secara lansung dari diwajibkannya cukai pada asasnya adalah untuk mengambil sebahagian pendapatan dan kekayaan  rakyat secara adil seterusnya akan diagihka secara tepat sasaran kepada sektor-sektor am dalam rangka mengurangi beban kerajaan dalam membangun perekonomian makro dan mikro untuk mengelak penindasan yang disebabkan oleh praktek  riba bagi negara-negara Islam di dunia.

 

b  Sumber Cukai

 



Hampir Setiap negara Islam di dunia, harus menerapkan sistem percukaian secara intensif dan konfrehensif kepada dua jenis cukai penting, iaitu cukai langsung dan cukai tak langsung, sama halnya dengan yang di amalkan oleh negara Malaysia. Sistem percukaian langsung adalah cukai yang wajib dibayar secara langsung atau terus oleh pembayar cukai.[6] Dalam hal ini, Pembayar cukai tidak boleh memindahkan beban cukai yang dikenakan kepada individu atau syarikat kepada orang lain.[7] Banyak jenis cukai yang dapat dikelompokkan kepada sistem percukaian alangsung, diantaranya cukai pendapatan, cukai keuntungan yang berasal dari harta tanah, cukai aktiviti melalui  perniagaan pesisir Labuan dan juga cukai duti setem.

 

Sedangkan cukai tidak langsung pula cukai yang dikutip tidak langsung daripada pembayar cukai melalui suatu pihak. Cukai jenis ini dikutip daripada orang-orang yang tidak menanggung bebannya. Seperti daripada pengilang, pengimport, penjual dalam negeri kemudian dipindahkan kepada pengguna yang membeli barangan tersebut. Di antara contoh cukai tidak langsung yaitu cukai perkhidmatan, cukai kastam, duti import dan eksport serta cukai jualan.

 

Sistem Cukai pendapatan dibayar oleh invididu yang memperoleh pendapatan dari sebab tinggal dan bekerja di Malaysia dalam masa suatu tahun. Pendapatan yang dimaksud termasuk pendapatan yang didapat daripada perniagaan, penggajian, dividen, sewa, royalti dan lainnya keuntungan. Sedangkan pendapatan masyarakat individu yang didapat dari bekerja di negara luar tidak dihitung sebagai cukai pendapatan.

 



[1] A.A. Barata dan A.A. Adrian, Percukaian (Bandung: CV Amico, 1989), 4.

[2] Hamdan Aini, Percukaian (Jakarta: Bumi Aksara, 1985), 1.

[3] Nor Azizah Abd Manaf, Noraza Mat Udin, Zaimah Zainol Arifin, Pengenalan Kepada Sistem Pencukaian di Malaysia (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2004), 1.

[4] A. Malik Madaniy, Pajak dalam Perspektif Fiqh Islam (Yogyakarta, UIN Sunan Kalijaga, 2008), 31.

[5] M. A Manan, Islamic Economic (Pakistan: Lahore Ashraf Publication, 1970), 311.

[6] Nor Shaipah Abdul Wahan dan Hazeline Ayoup, Pengantar Percukaian (Petaling Jaya: Pearson Malaysia, 2006), 2.

[7] Md. Zyadi Md. Tahir et al., Ekonomi Percukaian, 10.

 

 

 

No comments:

Post a Comment

MANAGEMENT SYARIAH

  A. PENGAWASAN DALAM ISLAM Kata pengawasan dipakai sebagai arti harfiah dari kata controlling. Control adalah pengawasan, penilikan, peng...