Indonesia merupakan salah satu negara penganut
agama Islam terbanyak di dunia dengan berbagai corak suku dan budaya. jika
wakaf di Indonesia dapat dimaksimalkan, baik wakaf biasa atau wakaf khusus,
maka pembangunan dengan wakaf tersebut dapat meningkatkan perekonomian di
Indonesia. Implementasi wakaf produktif yang dilaksanakan di Indonesia dapat membantu
perekonomian dan memperbaiki taraf hidup masyarakat Islam.
Peranan wakaf produktif dalam membantu menaik
taraf pendidikan, kesihatan dan taraf ekonomi masyarakat di kawasan Jakarta
Selatan, Indonesia. Peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan, wakaf produktif
telah berjaya membina sekolah madania, yaitu sekolah gratis bagi orang-orang
yang tidak mampu. Manakala dalam bidang kesihatan, melalui wakaf produktif
dapat membina Layanan Kesihatan Gratis yang memberikan pelayanan terbaik kepada
masyarakat. Selain itu wakaf juga dapat meningkat taraf hidup masyarakat
melalui sumbangan wang tunai diberikan beasiswa kepada pelajar-pelajar
cemerlang yang hendak melanjutkan studi di peringkat ijazah dasar. Dedy Rachmad
(2008)[1]
Sementara itu, wakaf produktif juga dapat
membantu meningkatkan pendapatan masyarakat di kawasan tersebut. Melalui wakaf
produktif telah berjaya menambah bilangan pendapatan bulanan 25 orang responden
kajian yang dilakukan oleh Dedy Rachmad (2008), di mana setelah menerima
bantuan wang tunai dan juga 3 orang responden meningkat pendapatannya dari
dibawah garis kemiskinan kepada berada di atas garis kemiskinan selepas mendapat
wang tunai. Dalam bidang menyediakan peluang pekerjaan pula, sebanyak 1,630
lokasi telah pun di agihkan dan siap menampuang seramai 3,260 orang pekerja.
Selain itu, peluang pekerjaan juga dapat diusahakan menerusi pembinaan wakaf
center, iaitu pusat aktiviti yang berfungsi untuk kepelbagaian seperti pusat
perdagangan, stesen-stesen bas dan tempat-tempat pelancongan.[2]
Penulis melihat bahawa dengan adanya wakaf tersebut dan peranannya dalam
mengurangi kemiskinan, memberikan pendidikan gratis, menyediakan peluang
pekerjaan dapat mencapai tujaun pembangunan ekonomi di negara tersebut.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Hari Candra
di Dompet Dhuafa Republika, di mana Dompet Dhuafa Republika menubuhkan Tabung
Wakaf Indonesia (TWI) sebagai nazir wakaf. Meskipun di Indonesia terdapat
banyak tanah wakaf, namun insitusi tersebut lebih memilih penerimaan wakaf wang
supaya mudah dalam pembangunan dan pengembangan harta wakaf. Pada akhir tahun
2006 TWI telah menerima sebanyak Rp 4,69 milion dalam tempoh enam tahun
operasi. Jika dilihat dari potensi wakaf wang di Indonesia tentunya jumlah
tersebut masih kecil. Tabung Wakaf Indonesia menggunakan wakaf wang tersebut
dalam bentuk pelaburan dengan menggunakan transaksi mudarabah dan musyarakah
untuk tujuan pembangunan ekonomi masyarakat. Hal ini terlihat seperti wakaf
wang tersebut digunakan untuk membiayai pengembangan usaha industri kecil dan
sederhana dan menyertakan modal ke Baitul Mal Wat Tamwil (BMT) untuk tujuan
pembiayaan dalam sektor bisnis. Pelaburan harta wakaf tidak hanya memiliki
nilai penggunaan harta wakaf secara produktif tetapi juga memiliki nilai
pembangunan ekonomi sosio kemasyarakatan.[3]
Kaedah pelaburan harta wakaf di Tabung Wakaf
Indonesia, berasaskan kepada seseuatu yang bersifat produktif dan menghasikan
keuntungan. Hasil keuntungan tersebut di manfaatkan untuk kemaslahatan sosial masyarakat
dan tetap mempertahankan kewujudan aset dasar harta wakaf tersebut. Seperti
pelaburan dalam bentuk wadi’ah di institusi perbankan dan penyertaan
modal pada Baitul Mal wat Tamwil dengan akad mudarabah dan juga turut
menguruskan wakaf saham yang hanya diambil manfaatnya (dividen) tanpat
menghilangkan aset dasar.[4]
Dengan cara pemberian modal usaha kepada masyarakat yang mempunyai ekonomi yang
lemah maka di sinilah adanya usaha untuk pembanguan ekonomi masyarakat. Menurut
Murtadho Ridhwan (2006)[5]
wakaf dapat membantu masalah kemiskinan dengan beberapa cara di antaranya:
pengadaan sumber pendapatan, zakat dan sedekah, pencegahan rasuah, akses pada
sumber ekonomi dan kemudahan. Wakaf sememangnya memberi sumbangan yang penting
dalam menyediakan kemudahan awam yang diperlukan oleh masyarakat. Seperti contoh di Jawa Tengah, wakaf telah
menyumbang 89.6% dalam pembinaan masjid dan 61.3% dalam pembinaan surau di
daerah Jawa Tengah. Dalam bidang pendidikan pula wakaf telah menyumbang
sebanyak 19.7% Sekolah Rendah, 69% Sekolah Menengah Pertama dan 72.4% Sekolah
Menengah Atas. Dari aspek kesihatan pula sebanyak 55.7% responden yang mendapat
faedah daripada kemudahan-kemudahan wakaf merupakan keluarga fakir dan miskin.[6]
Mukhlis (2013),[7]dalam
kajiannya bertajuk “Sumbangan Wakaf Tanah Produktif Terhadap Peningkatan
Sosio Ekonomi Masyarakat Islam Di Medan Sumatera Utara”, mendedahkan bahawa
pengelolaan wakaf produktif secara baik dapat meningkatkan taraf hidup
orang-orang yang layak untuk menerima wang dari pemanfaatan tanah wakaf
produktif di kota Medan. Ini terlihat daripada tahap ekonomi pendapatan
masyarakat mengalami perubahan dan meningkatnya pendapatan masyarakat tersebut
sebelum tanah wakaf dimanfaatkan. Seperti pemanfatan tanah wakaf produktif
berupa masjid, di mana pemanfaatan air bersih dikelola oleh Badan Kenaziran
Masjid. Penjualan air bersih tersebut untuk keperluan masyarakat sekitar, di
mana air bersih dijual dan dapat mencapai penjualan seharian Rp 400.000 rupiah
per harinya dan juga dibayarkan gaji kepada pekerja Rp 150.000/hari. Dari hasil
penjualan air bersih yang dikelola oleh Badan Kenaziran Masjid Al-Ikhlas secara
berterusan memberi impak positif kepada masyarakat sekitar.[8]
Kemiskinan merupakan di antara masalah yang
sangat serius di Indonesia, hampir 40% daripada penduduk Indonesia hidup hanya
sedikit di atas garis kemiskinan nasional dan mempunyai pendapatan kurang dari
US $ 2/hari. Pelbagai program untuk mengurangi kemiskinan telah dilakukan oleh
pemerintah maupun pihak swasta.[9]
Maka jika wakaf berperan dengan baik dalam mengembangkan harta wakaf dapat
meningkatkan perekonomian masyarakat dan juga mengatasi masalah kemiskinan. Untuk
mengurangkan masalah kemiskinan dengan cara meningkatkan pertumbuhan ekonomi
perlu kepada upaya meningkatkan peranan wakaf, dengan adanya yayasan wakaf yang
profesional yang bertugas mentadbir dan mengelola harta wakaf sehingga
institusi wakaf dapat berkembang dan memberi manfaat yang lebih banyak kepada
masyarakat.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, penulis
melihat bahawa wakaf telah memberikan peranan penting dalam membantu mengatasi
masalah kemiskinan dan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi di beberapa
wilayah di Indonesia. Iaitu dengan menyediakan kemudahan awam bagi masyarakat
yang meliputi institusi pendidikan, pusat kesihatan dan kemudahan awam lain
seperti tempat peribadatan dan rumah anak yatim. Wakaf juga dapat digunakan
untuk menghasilkan pendapatan yang berterusan yang diperuntukkan bagi
orang-orang miskin.(10) Ikwan Mauludin :2016)
Namun wilayah Indonesia yang sangat luas dan
penduduknya sangat padat, maka jika wakaf dikelola dengan baik dan profesional
akant memberikan manfaat kepada pembangunan ekonomi dalam negara. Seperti
pengelolaan wakaf di negara Singapura meskipun jumlah umat Islam sedikit namun
peranan wakaf sangatlah berpengaruh terhadap pembangunan ekonomi di negara
tersebut. Jika hal ini dapat tercapai, maka peranan wakaf di Indonesia dapat
memberikan suntikan modal utama kepada negara tersebut. Intrumen wakaf sebagai
salah satu metode pembangunan fisik dan non fisik dalam Islam sangatlah jelas
memberikan solusi kepada ummah. Dengan demikian masyarakat Islam harus semangat
dan jujur dalam menjalankan ibadah mahdhah mahupun ibadah non mahdhah seperti
praktek wakaf secara kaffah.
[1] Dedy Rachmad (2008), Peranan Wakaf Produktif dalam Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Muslim di Jakarta Selatan, Indonesia, Disertasi akademi pengajian Islam, University Malaya Kuala Lumpur, 155
[2] Ibid. 150-155
[3] Hari Candra (2009), Kajian Kaedah Pelaburan Harta Wakaf Di Dompet Dhuafa
Republika, Indonesia, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, University
Malaya. 180.
[4] Ibid. 192.
[5] Murtadho Ridhwan (2006), Peranan Wakaf Dalam Mengatasi Masalah
Kemiskinan: Kajian Di Jawa Tengah, Indonesia, Disertasi Jabatan Syariah dan
Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 163.
[6] Ibid. 166-175
[7] Mukhlis (2013), Sumbangan Wakaf Tanah Produktif Terhadap Peningkatan
Sosio Ekonomi Masyarakat Islam Di Medan Sumatera Utara, Disertasi Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 104
[8] Ibid. 100
[9] A. Syafii Maarif dkk, Islam, Good Governance dan Pengentasan Kemiskinan,
Kebijakan Pemerintah, Kiprah kelompok Islam dan Potret Gerakan inisiatif Di
Tingkat Lokal , Jakarta: Maarif Institute for culture and humanity bekerja
sama dengan The Asia Foundation, (2007), 21
10. Artikel Ikwan Mauludin, Universitas Malaya : 2016. Kuala Lumpur