Monday 17 April 2017

Pajak Dalam Islam 2021


PAJAK DALAM ISLAM


Sahabat sekalian, perlu kita ketahui bahwa perbelanjaan suatu negara dalam menjalankan fungsinya sangatlah besar. Hal tersebut disebabkan lini pembanguan dan kelangsungan masyarakat didalamnya akan ditentukan oleh suksesnya suatu negara melakukan control budget perbelanjaan. 

Dapat kita ambil contoh seperti kehidupan suatu keluarga, bahwa gagalnya kelangsungan hidup dinamis dalam suatu keluarga disebabkan gagalnya pengaturan perbelanjaannya. Sehingga timbullah masalah-masalah sosial secara intern keluarga yang berakibat fatal. 

Jadi bagi setiap pemimpin harus mengatuhui betul akan peranannya dalam menjalankan roda pemerintahan serta harus mempersiapkan rancangan belanja negara yang sesuai, tepat sasaran, cermat  dan transparan.

Sumber anggaran bagi suatu negara sangat banyak puncanya, namun sumber yang paling besar berasal dari pajak atau cukai. Yang merupakan pendapatan negara yang bersifat wajib sesuai dengan aturan yang berlaku pada negara tersebut.

Pada kesempatan ini, penulis akan menceritakan sedikit tentang sumber anggaran suatu negara. Cukai atau pajak sangat membantu pembangunan suatu negara, kerana penghasilan dari sector ini sangat besar dibandingkan dari sector pendapatan negara lainnya.

Cukai dapat diartikan sebagai bayaran dalam bentuk wang yang dikenakan oleh suatu kerajaan atau negara kepada individu atau syarikat. Cukai juga merupakan pemberian paksa atau pindahan wajib sumber ekonomi daripada sektor swasta kepada sektor awam agar mencapai beberapa objektif ekonomi dan sosial negara.



Menurut M.A Manan  cukai merupakan sumbangan paksa yang diwajibkan bagi orang ramai. Bayaran wajib yang dikenakan negara kepada rakyat yang terlibat dengan dasar cukai yang diamalkan.

Efek dari diwajibkan cukai pada hakikatnya adalah untuk mengutip sebahagian pendapatan rakyat secara adil dan dibagikan kepada sektor-sektor umum dalam rangka untuk menghindar  penindasan dan riba bagi negara-negara Islam.

Untuk mewujudkan kesejahteraan umum secara adil dan merata serta untuk mencapai pembangunan nasional, pihak  perlu menggali sumber dana yang berasal daripada dalam negara baik pendapatan berupa cukai atau selain cukai. Oleh itu, pelaksanaan tersebut mesti berkesinambungan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat baik dari sudut fisik maupun  materil.

Dalam mengatur inflasi, suatu negara harus menerapkan system cukai agar penghasilan negara bertambah. Berbagai sumber pendapatan negara dapat diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur umum dan kemaslahatan ummat.

Dalam Negara Islam Permasalahan cukai sudah mendapat perhatian khusus, walaupun belum disusun secara rapi dan lengkap pada masa permulaan Islam. Namun selepas Islam tersebar luas maka khalifah Umar bin Khatab mengambil satu inisiatif mengenai sistem percukaian, sehingga ia tersusun rapi dan menjadi sumber pendapatan dan pentadbiran negara. Didalam sistem pemerintahan Islam, banyak jenis cukai yang telah diterapkan.

Inilah yang menjadikan negara Islam pada masa dahulu kaya dan rakyatnya makmur. Diantara cukai yang pernah diterapkan dalam negara Islam yaitu cukai tanah (al-Kharaj), cukai perlindungan (sulh al-Jizyah), cukai diri (Jizyah al-Ru’us), dan cukai perdagangan (al-‘Usyr).



Seperti Cukai yang berlaku pada masa Khalifah al-Rasyidin, cukai Jizyah ditetapkan mengikut tahap masyarakat sama ada kaya, sederhana dan miskin. Begitu juga dengan alUshur (cukai import) dibezakan antara muslim dengan kafir harbi dan kafir zimmi. Hal tersebut menunjukkan dinamisme sistem percukaian Islam.

Namun sangat disesalkan, kebanyakan masyarakat pada hari ini menganggap bahwa zakat dan cukai adalah satu benda yang sama. Sehingga mereka berpendapat bahwa jika sudah membayar cukai maka tak usah lagi membayar zakat.

Ada juga setengah masyarakat yang ekstrim mengatakan bahwa pegambilan cukai terhadap masyarakat oleh penguasa hukumnya haram dan mutlak dilarang dalam Islam. Sehingga perlu kita ketahui secara pasti bahwa zakat dengan cukai berbeda dalam segala aspek. Zakat wajib di bayar oleh masyarakat karena syari’at Islam yang mewajibkannya (al-Quran dan al-Hadist).

Sedangkan cukai merupakan kewajiban membayar kepada negara karena perintah pemimpin Islam, bagi membangun perekonomian ummat berupa infrastruktur umum. Bagi umat Islam menaati pemimpi hukumnya wajib sehingga pemimpin tersebut bersikap dhalim dan menyimpang dari Islam baru tak wajib lagi di ikuti.

Pada masa sekarang ini di era globalisasi dan moden, kata cukai kenalkan dengan dharaib (jamak dharibah). Dan sebagian ulama Malikiyah pula menyebut cukai dengan al-wadhaif atau al-kharaj dan ulama Hanafiyah menyebut al-nawaib, sementara ulama Hanabilah menyebutnya dengan al-kulaf al-sulthaniyah.

Menurut Yusuf al-Qardawi cukai hampir sama dengan zakat, beliau menjelaskan bahawa terdapat aspek persamaan dan perbezaan antara cukai dengan zakat. Aspek persamaan tersebut ialah:

a.      Unsur paksaan dan kewajiban yang terdapat dalam cukai dan juga zakat
b.  Cukai dibayar kepada institusi ataupun negara, zakat pun mesti diberikan kepada negara atau institusi yang berautoriti (‘amil zakat)
c.     Dalam cukai tidak ada balasan tertentu iaitu pembayar cukai akan membayar cukai kepada kerajaan tanpa diberikan pulangan tertentu. Begitu juga dengan muzakki (orang yang membayar zakat) tidak mendapat balasan tertentu.
d.   Jika tujuan daripada cukai pada masa kini ialah untuk tujuan ekonomi, politik dan kebajikan masyarakat, maka zakat pun demikian. Bahkan tujuan daripada zakat lebih jauh lagi dan sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat.

Menurut pendapat Ulama Kontemporer Islam Yusuf al-Qardawi, cukai bukan sahaja memberri faedah semata-mata kewangan ,namun tujuan asasnya ialah mengumpulkan uang  untuk membiayai segala keperluan negara.

Sedangkan harta lainnya yang diperoleh seperti zakat ia hanya terbatas pada delapan golongan asnaf sahaja yang telah disebutkan dalam al-Qur’an. Oleh itu, harta seperti zakat hanya boleh dipergunakan kepada sektor yang dibolehkan dalam syara'.


Harta zakat tidak boleh dipergunakan untuk membangun jalan, jembatan dan pembangunan lainnya. Oleh itu, untuk membiayai keperluan-keperluan kos pembangunan dan belanja negara tidak ada jalan lain kecuali negara mewajibkan cukai kepada rakyat.

Banyak dikalangan Para ulama yang membolehkan mengambil cukai dengan tujuan sebagai sumber pendapatan negara  cukai tersebut diwajibkan oleh pemimpin dalam suatu negara kepada rakyatnya.

Yusuf Al-Qardawi mengutip pendapat imam al-Ghazali yang bermazhab Syafi’i, di mana al-Ghazali menyatakan bahawa apabila kas negara kosong dan tidak ada biaya yang mencukupi untuk pengeluaran biaya tentara dan dikhawatirkan musuh dapat masuk ke negara Islam atau terjadinya pemberontakan dari pihak mereka yang bermaksud jahat, maka dibolehkan kepada pemimpin negara mengutip biaya dari orang kaya sekadar dapat mencukupi pembiayaan tentara.

Pendapat seperti ini menurut al-Qardawi tidak ditemukan pada masa permulaan Islam, kerana pada waktu itu kewangan negara cukup besar. Berbeza dengan zaman sekarang, jika pemimpin negara tidak mewajibkan cukai maka akan hilanglah kekuasaannya dan negara akan menghadapi penguasaan orang kafir, padahal segalanya itu terletak pada kekuatan pemimpin negara. Namun perlu disadari oleh penguasa negara bahwa pemungutan cukai kepada masyarakat jangan terlampau besar.

Segala kebijakan yang di ambil oleh penguasa harus mengikut konsep siyasah syar’iyyah. Jangan sampai pemungutan cukai pada masyarakat menjadi lombong korupsi bagi pejabat negara untuk melakukan kesalahan.

Suatu negara dalam pandangan Yusuf al-Qardhawi mempunyai peran untuk mewajibkan zakat dan juga negara mempunyai peran untuk mewajibkan cukai pendapatan bagi penduduk yang layak untuk kenakan cukai.

Pengenaan cukai merupakan suatu cara pengagihan pendapatan yang membantu kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan selain zakat. Semua bentuk cukai yang diwajibkan oleh kerajaan tujuannya hanya satu iaitu untuk kebajikan bagi rakyat, baik rakyat yang muslim atau non muslim. Atas dasar itulah bahawa suatu negara Islam boleh mengenakan cukai kepada rakyatnya.
           
Oleh itu, yang menjadi priotiti sekarang sehubungan kebolehan bagi negara-negara Islam untuk mengutip cukai daripada rakyat dan kewajiban rakyat untuk mentaatinya adalah kutipan cukai itu mestilah di dasarkan pada pertimbangan kemaslahatan yang benar-benar (muhaqqaqah). 

Namun demikian, sering terjadi kesalahpahaman dalam mengartikan sesuatu sebagai mashlahah atau mafsadah. Jika kita mengkaji lebih mendalam bahawa kemashlatan yang dimaksudkan itu hanyalah cenderung kepada keuntungan individu atau kepentingan golongan tertentu. 

Sedangkan rakyat menderita dengan adanya cukai yang tidak adil. Maka oleh itu, Umer Chapra dan al-Qardhawi menetapkan beberapa hal yang dikatakan cukai yang adil bagi dilaksanakan cukai dalam suatu negara Islam.

M.Umer Chapra juga menyatakan tentang sistem cukai yang adil, sebagaimana juga beliau setuju dengan pendapat fuqaha tentang cukai, bahawa percukaian yang adil ialah sistem yang menepati tiga syarat, iaitu:
1.  Cukai yang dikenakan bagi membiayai perkara yang dianggap sangat diperlukan bagi kepentingan merealisasikan maqasid.
2. Beban cukai tidaklah terlalu berat berbanding dengan kemampuan rakyat untuk memikulnya dan ini mestilah diagihkan secara sama rata ke atas golongan yang mampu membayarnya.
3.      Hasil kutipan cukai hendaklah dibelanjakan dengan cermat untuk memenuhi asalnya.

Negara juga wajib menyuruh masyarakat untuk membayar pajak secara pribadi, seperti waqaf, zakat, sedekah dan lainnya bagi membina dan mengendalikan sebanyak mungkin institusi pendidikan, hospital, skim perumahan bagi orang miskin, rumah anak yatim, dan pelbagai projek pelayanan sosial lainnya.



Cukai termasuk kepada pendapatan utama negara. Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara hendaklah diterapkan juga dalam sistem percukaian negara. Sehingga sangat penting memberi kefahaman kepada masyarakat yang luas dan mendalam serta agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pelaksanaan cukai di setiap negara karena tuntutan Agama Islam kepada kita semua.

Dasar hukum mengenai sejarah dan sistem ekonomi Islam dan perakaunan Islam, kaedah pengiraan zakat dan status zakat dalam pengiraan cukai adalah amat perlu difahami oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam.

Menolak untuk tidak membayar cukai , maka akan berakibat negative bagi pembangunan suatu negara. Dengan demikian penghasilan negara Islam lebih besar dalam pungutan wajib dari masyarakat itu sendiri. Namun sangat di sayangkan masyarakat yang hidup di negara Islam tidak semuanya makmur dan sejahtera.


Sehingga sangat jelas tampak  jurang pemisah sumber kehidupan. Banyak pemimpin negara Islam sudah tidak lagi menjalankan sitem cukai dengan benar, mereka memanfaatkan sumber pendapatan negara untuk di korupsi pribadi dan kelompok. Fungsi utama cukai sudah bergeser jauh dari ketetapan konsep yang rasul terapkan dulu yang terbukti membuat negara Islam maju dan membawa manfaat sejahtera kepada masyarakat Islam sendiri.


Kita yang tidak mempunyai wewenang dalam pemerintahan, jangan menyerah untuk berdoa kepada Allah agar pemimpin kita di ilhami kesadaran untuk mengabdi kepada rakyat. Bukan sebaliknya, para pemimpin- peminpin menjadikan masyarakatnya kuli untuk membayar pajak. Sedangkan uangnya dipakai untuk konsumsi pribadi, sungguh biadap prilaku pemimpin pemimpin yang terlahir muslim akan tetapi berprilaku jahiliah. wallahu'alam bissawab



Rujukan Buku:
A. Malik Madaniy, Pajak dalam Perspektif Fiqh Islam,Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga, 2008.
A.A. Barata dan A.A. Adrian, Percukaian, Bandung: CV Amico, 1989.
Hailani Muji Tahir, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan, ed. ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
Hamdan Aini, Percukaian, Jakarta: Bumi Aksara, 1985.
Md. Zyadi Md. Tahir et al., Ekonomi Percukaian, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
Md. Zyadi Md. Tahir, “Sistem Belanjawan Negara”, dalam Abd Ghafar Ismail et al.. Makro Ekonomi Malaysia: Perspektif Dasar, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998.
Nor Azizah Abd Manaf, Noraza Mat Udin, Zaimah Zainol Arifin, Pengenalan Kepada Sistem Pencukaian di Malaysia, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2004.
Nor Shaipah Abdul Wahan dan Hazeline Ayoup, Pengantar Percukaian, Petaling Jaya: Pearson Malaysia, 2006.
Waluyo et al., Perpajakan Indonesia, Jakarta: Salemba Empat, 2002.
Rujukan Jurnal/thesis/disertasi:
Damanhur, “Kesan Pelaksanaan Cukai Pendapatan dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Membayar Zakat Pendapatan di Aceh”, disertasi sarjana, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010.
Fuadah Binti Johari, “Pelaksanaan Sistem Cukai Al-Kharaj dengan Cukai Tanah Malaysia: Suatu Analisis Perbandingan”, thesis Phd, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2011.
Hanin Mahamud Azaki, “Pemikiran Abu Yusuf Mengenai Kewangan Islam: Kajian Dalam Kitab Al-Kharaj”, disertasi sarjana, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2002.

Mahmud Saedon Awang Othman dan Muhammad bin Arifin, “Percukaian Tanah Menurut Perspektif Islam”, Jurnal Syariah 7, bil. 1, 43-54

Sunday 16 April 2017

Sukuk dalam Ekonomi Islam 2021

EFEKTIVITAS SUKUK SEBAGAI INSTRUMENT KEBIJAKAN MONETER




Pada zaman serba instan ini, banyak sekali factor yang mempengaruhi laju pertumbuhan ekonomi suatu negara. Banyak negara di dunia mengupayakan berbagai kebijakan dan alternative dalam menjaga kestabilan harga suatu barang serta mengatur tingkat rendahnya inflasi.

Salah satu instrument penting sebuah negara dalam menjalankan perannya yaitu melalui penerapan kebijakan moneter. Dengan penerapan kebijakan ini maka harga sesuatu barang dapat stabil dan inflasi dapat tekan.

Salah satu negara yang sangat memerhatikan kebijakan moneter adalah Indonesia. Dalam penerapannya, Indonesia menganut kepada dua metode. Pertama kebijakan moneter ekspansif, dan kedua kebijakan moneter kontraktif.

Kebijakan moneter ekspansif  ( Monetary Expansive Policy) ialah kebijakan yang dilakukan pemerintah dalam mengatur jumlah uang yang beredar pada masyarakat dengan memberi imbauan kepada para pelaku ekonomi,  kebijakan moneter ini dilaksakan oleh pemerintah guna menambah jumlah uang. Kebijakan moneter ini biasanya diterapkan pada saat terjadi deflasi. Kebijakan moneter ekspansif dikenal juga dengan kebijakan moneter logger (easy monetary policy).

Sedangkan Kebijakan Moneter kontraktif (Monetary Contractif Policy) ialah Kebijakan yang diambil oleh pemerintah guna mengurangi uang yang beredar pada masyarakat. Kebijakan ini diterapkan oleh pemerintah pada saat terjadinya inflasi. Banyak para pelaku ekonomi mengenal kebijakan moneter ini dengan sebutan kebijakan uang ketat (Tight Money Policy)


Namun perlu kita ketahui kebijakan moneter pada suatu negara sangat tergantung kepada bank central masing-masing negara tersebut. Seperti negara Indonesia, maka kebijakan moneternya berada pada tangan Bank Indonesia. Saat ini Bank Indonesia mengatur semua sistem kebijakan moneter demi menigkatkan pertumbuhan ekonomi melalui Bank Konvensional maupun Bank Syiariah.

Dalam penerapannya, Instrument kebijakan moneter BI terhadap Bank Konvensional dengan Bank Syariah sangat berbeda. Dimana instrument kebijakan moneter Bank Konvensional ialah kebijakan pasar terbuka, penentuan cadangan wajib minimum dan penentuan discount rate dengan jumlah yang maksimal.

Sedangkan pada Perbankan Syariah segala bentuk instrument bunga dilarang serta diharamkan sesuai perintah Al-quran, sehingga dalam setiap transaksi bisnis Islam mengedepankan hubungan partnership antara pemilik dan usahawan secara adil.


Mengingat kita sedang berusaha membentuk empayar ekonomi yang berbasis Syariah bagi seluruh pelosok Indonsia dalam berbagai sector bisnis, serta jenis instrument moneter dalam Islam sangat banyak. Maka Dalam kesempatan ini, penulis akan mengulas sedikit dan singkat tentang Sukuk, karena Sukuk merupakan salah satu contoh bentuk instrument kebijkan moneter suatu negara dalam mengendalikan banyaknya uang beredar pada masyarakat, dan juga sebagai alat penghimpun modal suatu negara dalam membangun fasilitas public lainnya.

Untuk mendukung tulisan saya pada kesempatan ini, penulis mencoba mengulas salah satu jurnal pemikir Ekonomi Islam yakni Dr. Muhammad Selim. Beliau menuliskan jurnal tentang Effectiveness of Sukuk as a Tool of Monetary Policy atau efektifitas sukuk sebagai instrument kebijakan Moneter dalam Islam, Sehingga kita dapat memahami bagaimana kekuatan sukuk
mampu memperkokoh kekuatan ekonomi suatu negara.

Dalam jurnal tersebut Dr. Muhammad Selim menyatakan bahwa Kebijakan moneter syariah sangat erat kaitannya dengan upaya pencapaian pembangunan ekonomi yang memberikan kesejaheteraan bagi masyarakat.

Monetary poilcy atau kebijakan moneter berfungsi sebagai kunci untuk mencapai sasaran tujuan ekonomi makro dalam sebuah negara. Pemerintah melalui Bank Sentral selaku eksekutor kebijakan moneter terus berusaha mengatur jumlah uang yang beredar dengan berusaha memelihara kestabilan nilai uang dari berbagai faktor internal dan eksternal.

Faktor-faktor tersebut tidak terlepas dari langkah-langkah pemerintah dalam menetapkan dan mengatur suku bunga, kredit, harga aset, neraca perusahaan, nilai tukar dan ekspektasi inflasi.

Seperti yang kita ketahui bersama pada saat ini, kebijakan moneter kapitalis sudah menunjukkan kelemahan dan tidak efektif dalam peningkatan output serta tidak mampu membendung peningkatan angka pengangguran.

Banyak pemikir Islam yang melakukan riset dan mengkaji kebijakan moneter, antara lain, Siddiqi , dan Umar Chapra . Monzer  Kahf , Uzair , Akran Khan. Banyak para ahli di atas menyarankan  operasi pasar terbuka dan menggalakkan surat berharga untuk menambah pasokan uang bagi negara. Sharia'a- Compliant Sukuk kebijakan moneter berdasarkan ( SMP ) berasal dari prinsip bahwa Allah telah diizinkan perdagangan dan bunga dilarang dalam Islam.

Banyak permaslahan yang Dr. Muhammad Selim kaji tentang ketidak efektifan kebijakan moneter konvensional dan memberikan alternatif kebijakan moneter yang berdasrkan sukuk pembiayaan berbasis syariah.

Selain itu, beliau juga membandingkan efektivitas dari alat-alat kebijakan moneter dalam kedua sistem tersebut. Sehingga hasil riset menunjukkan bahwa kebijakan moneter berdasarkan sukuk relatif efektif dalam meningkatkan output, lepangan kerja, dan menjaga tingkat inflasi yang rendah tanpa menimbulkan efek sampeng negatif bagi perekonomian suatu negara.





Demikianlah tulisan saya pada kesempatan ini, semoga dapat memberikan sedikit gambaran kepada kawan-kawan pembaca tentang kemampuan Sukuk sebagai salah-satu instrument kebijakan moneter Islam. Mari kita bersama berinvestasi dengan membeli sukuk Ritel atau sukuk lainnya yang dikeluarkan oleh Negara Indonesia, sehingga pada suatu saat kebijkan moneter negara kita tidak lagi bergantung kepada instrument moneter konvensional tetapi dapat Syariah seutuhnya. Amin


Rujukan Ulasan Jurnal

EFFECTIVENESS OF SUKUK AS A TOOL OF MONETARY POLICY
KARYA DR. MUHAMMAD SELIM

Thursday 13 April 2017

Takaful Dalam Perspektif Ekonomi Islam 2021

 KONSEP TAKAFUL DI MALAYSIA




Dewasa ini, pembangunan sistem perekoknomian Islam menjadi pilar utama di dunia. Konsep perekonomian yang berdasarkan aturan Al-Quran dan Sunnah nabi menjadi pilihan alternatif negara-negara di dunia, bahkan negara yang sangat gencar menerapkan sistem ekonomi Islam merupakan negara barat yang maju, seperti Inggris, Amerika Serikat dan juga Rusia. Sehingga mereka menjadi pusat riset ekonomi Islam yang fundamentalis.

Dalam Sistem Ekonomi Islam, penerapan sektor ekonomi sangat luas mencakup bidang perbankan, asuransi atau takaful, saham, pertanian, perkebunan serta transaksi-transaksi muamalah lainnya. 
Namun pada kesempatan ini, penulis akan membahas sedikit tentang bagian dari produk sistem perekonomian Islam, yaitu Takaful atau Asuransi Syariah.

Menariknya lagi, penulis akan membahas konsep takaful negara maju dalam sistem keuangan Islam Asia yaitu Malaysia. Malaysia menjadi negara No. 1 di wilayah Asia dalam mengamalkan konsep perekonomian Islam. Hampir semua sektor keuangan Islam berhasil Malaysia terapkan dengan sionbaik, sehingga sistem moneter keuangan Malaysia terdiri dari dua sitem moneter yaitu : sistem moneter Islam and konvensional secara bersamaan.

untuk mengetahui sistem takaful di Malaysia, kita perlu ketahui komponen-komponen yang ada dalam penerapan produk takafulnya. Diantara komponen wajib dalam bisnis takaful yaitu :
  1. Agen 
Agen merupakan agen sah yang dilesenkan dibawah akta Takaful 1984 yang diberi kuasa oleh pengendali Takaful. Sebagai principal, untuk melaksanakan urusan pemasaran produk takaful dan berurusniaga dengan peserta bagi pihak pengendali takaful. Agen takaful dapat memberi kelegaan kewangan denga:

a)      Peranan agen dalam pengembangan bisnis takaful sangat banyak, diantara peranan yang
umum adalah mengembangkan pasar baru atau melalukan ekspansi market dengan penjualan
produk khususnya pada daerah-daerah yang belum menggunakan jasa takaful melalui sosialisasi
secara langsung.

b)      Agen juga sangat berpengaruh dan berperan dalam mempertahankan serta meningkatkan
pasar yang sudah adadengan berupaya selalu menjaga kamunikasi dengan para nasabah dalam
rangka memberikan pelayanan terbaiknya.

c)      Membantu peserta-peserta untuk mengambil langkah proaktif dalam perancangan kewangan
sekiranya berlaku musibah, kerugian harta dan kematian.

d)     Membantu menyemaikan disiplin untuk menyimpan wang di kalangan peserta takaful

e)      Melakukan kegiatan edukasi/ pendidikan kepada masyarakat dengan mengenalkan 
perencanaan , pelatihan, workshop, ceramah dan seminar.



2. Peranan Serta Tanggung Jawab Agen Takaful Berdasarkan Akta 1984 Malaysia
 Peranan serta tanggung jawab agen takaful berdasarkan akta 1984 mengikut kepada 3 seksyen
Tindakan tanduk agen Takaful di Malaysia dijelaskan dalam seksyen 25, 28, dan 66 Akta Takaful
1984:

a.  Seksyen 25 menyatakan
Ø  Tertakluk kepada subseksyen dua (2) dan tiga (3), tiada pengendali boleh mengambil alih apa-apa risiko berkenaan dengan sesuatu perniagaan am melainkan jika dan sehingga:
Caruman yang kena dibayar diterima oleh pengendali atau dijamin akan dibayar oleh mana-mana orang mengikut apa-apa cara dan dalam sesuatu masa sebagaimana yangditetapkan; atau Deposit bagi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan adalah dibuat terlebih dahulu mengikut cara yang ditetapkan

Ø  Jika caruman yang kena dibayar menurut subseksyen satu (l diterima oleh mana-mana orang, termasuk agen takaful atau broker, bagi pihak pengendali, penerimaan itu hendaklahdisifatkan sebagai penerimaan yang dibuat oleh pengendali bagi maksud maksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa caruman yang kena dibayar itu telah diterima oleh seseorang, termasuk agen takaful atau broker yang tidak diberi kuasa untuk menerima caruman itu terletak pada pengendali Subseksyen satu (l) dan dua (2) hendaklah terpakai bagiapa-apa jenis perniagaan am takaful sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Ø  Jika mana-mana orang, termasuk agen takaful atau broker. menerima bagi pihak pengendali suatu caruman atas sijil takaful dari jenis yang ditetapkan pada masa itu menunut subseksyen tiga (3); orang itu hendaklah mendeposit dengan atau menghantar secara pos kepada pengendali caruman yang dipungut sedemikian itu dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan berhubungan dengan sijil-sijil dari jenis itu si

Ø  Apa-apa pembayaran balik caruman berhubungan dengan takaful dari jenis yang ditetapkan dibawah subseksyer yang kena dibayar kepada peserta kerana pembatalan sijil atas perubahan dari segi terma dan atau apa-apa sebab kepada peserta dibayar oleh pengendali secara oleh dan resit sempurna diperolehi pengendali dari peserta dan pembayaran  tidak sekali kalinya dibayar atau kepada mana-mana orang lain, termasuk agen takaful atau broker Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah dikenakan suatu apabila disabitkan boleh denda tidak melebih lima ringgit (RM 5,000.00)

b. Seksyen 28
Seksyen 28 memperuntukkan
Mana-mana orang yang, dengan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang dia ketahui adalah mengelirukan, palsu atau memperdayakan atau merahsiakan secara fraud (penipuan) sesuatu fakta matan, atau dengan cara semberono membuat (secara fraud atau sebaliknya) sesuatu pernyataan, janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa sijil takaful dengan seorang pengendali adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit (RM 20,000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya. Matan adalah Antara lain Seksyen 28 menekankan fakta  maklumat penting yang akan mempengaruhi proses pengunderaitan untuk menerima atau menolak risiko yang Seksyen juga menekankan bahawa tahu dan dikehendaki untuk menyatakan ma yang beliau dengan patutnya tahu, jika tidak fakta disabitkan boleh kesalahan dan dikenakan denda seperti yang dinyatakan,

c. Seksyen 66 pula memperuntukkan sebagai:
Seseorang yang pada bila bila masa telah diberi kuasa agennya oleh pengendali takaful, dan yang mensolisit atau merundingi suatu sijil takaful atas sifat itu hendaklah dalam setiap hal itu disifatkan bagi maksud pembentukan sijil sebagai agen pengendali itu dan pengetahuan orang itu berhubungan dengan suatu perkara yang relevan dengan penerimaan risiko oleh pengendali hendaklah disifatkan sebagai pengetahuan pengendali yang dibuat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang itu atas sifatnya sebagai agen bagi maksud pembentukan sijil sebagai pernyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan oleh pengendali walaupun terdapat pelanggaran terhadap Seksyen 28 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini oleh orang itu. 

Pada hakikatnya sistem takaful menyediakan jaminan kewangan yang dibayar apabila apabila sesuatu musibah terjadi seperti, kematian, kecurian, dan jga kebakaran.
Takaful akan Reasuransi pada takaful disebut dengan retakaful, dimana pengertiannya adalah suatu proses saling mengangggung antara pemberi sesi (ceding company) dengan penganggung ulang melalui proses suka sama sukadari berbagai resiko dan persyaratan yang ditetapkan dalam akad yang dikenal dengan sharing haring of risk.

Perusahaan takaful harus meretakafulkan resikonya kepada retakaful syariah pula. Namun jika tidak terdapat perusahaan retakaful dengan dalil darurat, maka dibolehkan perusahaan asuransi syariah meretakafulkan perusahaan kepada reasuransi konvensional, seperti negara Indonesia. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang ditimpa musibah. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadis Rasulullah (s.a.w.) yang antaranya:

 a)    Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain" (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud).

b)   Dalil Tanggungjawab:
  “Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti  jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya" (Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Imam Muslim).

c) Dalil Saling Melindungi:
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Surga
jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan" (Hadis riwayat
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim).

 3. Falsafah Dalam Takaful Malaysia
 Falsafah Takaful menekankan kepada sifat keikhlasan. Di bawah konsep ini, para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru' yang menghadapi para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan boleh digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan skim takaful yang berkenaan. Sumbangan atau caruman Takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan menyumbang atau membantu peserta yang ditimpa musibah.

Dengan demikian, semangat Takaful menekankan kepada kepentingan persaudaraan antara peserta. Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta Takaful.

4. Peranan Takaful Dalam Pembangunan Kewangan Islam di Malaysia
Para peserta (sebagai pemegang sijil atau pencarum) menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap pengendali Takaful bagi memastikan perniagaan takaful diurus dengan sempurna. Sebelum menjalankan perniagaan Takaful, pengendali Takaful hendaklah dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran yang luas, dan mempunyai sistem pengurusan dan sistem maklumat yang cekap. peranan penting yang harus dipenuhi oleh setiap tara  pengendali Takaful adalah:

1. Bidang teknikal Kepakaran dalam bidang teknikal seperti aktuarial, pengunderaitan pembangunan produk, pelaburan dan tuntutan adalah penting kerana bidang-bidang ini merupakan fungsi teras perniagaan Takaful. Pengendali Takaful hendaklah mempunyai bilangan kakitangan mahir yang mencukupi dalam bidang-bidang ini dengan program latihan sewajarnya disediakan untuk memupuk pembangunan kepakaran.

2. Syariah: Pelantikan koordinator Syariah adalah penting bagi memastikan operasi perniagaan Takaful mematuhi keperluan Syariah seperti yang dinasihati oleh Jawatankuasa Syariah. Pelantikan ahli jawatankuasa Syariah ini adalah tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia.

3. Teknologi maklumat dan komunikasi: Pengendali Takaful perlu mempunyai sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang lebih cekap. Ini adalah penting bagi menyokong operasi keseluruhan dan meningkatkan kecekapan saluran agihan dan juga memperbaiki ketepatan maklumat dan ketepatan waktu sistem pelaporan kewangan dan pemantauan pengendali Takaful.


Pengendali Takaful juga dikehendaki membuat pendedahan secukupnya dan memastikan ketelusan dalam amalan Takaful sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan melindungi kepentingan semua pihak berkepentingan. Sumber pendapatan pengendali Takaful adalah daripada:
  1.  Keuntungan daripada pelaburan kumpulan wang pemegang saham
  2. Yuran wakalah; pelaburan kumpulan wang
  3. Sebahagian keuntungan  Takaful; dan/atau
  4. Lebihan kumpulan wang Takaful.
Demikianlah sistem penerapan Takaful di Negara Malaysia yang dapat saya ulaskan, Semoga menjadi bahan bacaan dan pembanding dengan sistem Takaful di Indonesia dalam pola implimentasinya. Saya sangat berharap komentar-komentar kawan para blogger dan pembaca untuk menjadi semangat bagi saya dalam peningkatan kualitas tulisan kedepannya. Terima Kasih 






MANAGEMENT SYARIAH

  A. PENGAWASAN DALAM ISLAM Kata pengawasan dipakai sebagai arti harfiah dari kata controlling. Control adalah pengawasan, penilikan, peng...