Wednesday 12 April 2017

Wakaf Dalam Ekonomi Islam 2021

WAKAF DALAM ISLAM

Wakaf menjadi instrument penting Islam untuk menbangun peradaban sector perekonomian. Sejarah telah mencatat peranan  wakaf dalam kerajaan Islam menjadikan masyarakat muslim makmur dan berkemajuan. Infarstruktur seperti masjid, madrasah, pusat kesihatan, jembatan, jalan dibina dari harta wakaf.  
Namun saat ini mayoritas muslim masih enggan menunaikan wakaf., menyebabkan banyak masyarakat yang hidup di Kerajaan Islam dalam miskin. Semestinya wakaf menjadi pondasi dasar bagi penggerak pembangunan kerajaan Islam. Bila wakaf diproduktifkan secara maksimal, maka Kerajaan Islam tidak harus bergantung pada Negara Barat, semisal IMF (Internasional Moneter Fund) guna mendapatkan modal segar berupa hutang.
 Impact dari perbuatan tersebut banyak Negara Islam merosot dan terbelit hutang Internasional. Perekonomian Negara semakin kacau dan tak terkendalikan. Oleh karena itu Kerajaan Islam harus melakukan transformasi pengelolaan harta wakaf, sebagai satu sendi pembangunan perekonomian sejak zaman dahulu.

Wakaf merupakan salah satu cara ibadat atau salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui harta kekayaan. Wakaf merupakan satu amalan sunat dan digalakkan serta menjadi wajib dilaksanakan apabila dibuat dengan wasiat. Oleh karena umat islam mahu berwakaf kerana mahukan keridhaan Allah. 

Amalan wakaf merupakan satu mekanisme perkongsian harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Dalam ekonomi, wujudnya golongan yang mengagih semula harta kekayaan kepada orang lain sangat penting kerana ia bole membantu dalam mencapai pembangunan ekonomi sesebuah Negara.

Kata “Wakaf “ atau Waqf” berasal dari bahasa Arab ” Waqafa”. Asal kata “Waqafa” berarti “menahan” atau “berhenti” atau “diam di tempa”t atau “tetap berdiri”. Kata “Waqafa- Yuqifu- Waqfan” sama artinya dengan “Habasa- Yahbisu- Tahbisan”.

Dari segi etimologi wakaf berasal dari kata “waqf” yang berarti tertahan atau menahan. Adapun jika ditijau menurut istilah wakaf yakni menahan harta benda yang kekal ‘ain-nya (zatnya), menahan suatu harta benda yang kekal zatnya bermakna harta tersebut tidak dijual dan tidak pula diberikan atau diwariskan, akan tetapi hanya untuk disedekahkan yang kemudian diambil manfaatnya sahaja dengan tujuan untuk beribadah dan mendapatkan pahala dari Allah S.W.T.

            Wakaf boleh di definiskan sebagai satu cara pengagihan harta yang diberikan kepada pihak tertentu dengan niat yang tertentu dan dimanfatkan secara berterusan. Pemanfaatan harta wakaf  tidak hanya saja pada pembagunan fisik sahaja, seperti pada dahulu dimna harta wakaf dimanfaatkan dalam sector infrastruktur umum dan ibadah. 


Tetapi harta wakaf sangat akan berguna dan bermanfaat pada masa modern ini bila di agihkan kepada sector pendidikan. Wakaf pendidikan dapat menciptakan anak negeri lebih handal dan mempunyai skill selepas menyelesaikan pendidikannya. Sehingga mereka menjadi pioner dalam pembangunan perekonomian kerajaan, seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Mesir, Indonesia dan Turki.

Di kalangan Ulama mazhab hampir semua mendefenisikan wakaf dengan berbegai definisi yang utuh.
Ø  Imam Abu Yusuf dalam mazhab Hanafi mendefenisikan wakaf adalah menahan sesuatu harta di bawah kekuasaan Allah, di mana hak kepemilikan dari pewakaf akan berpindah kepada Allah s.w.t dan hasil daripada harta wakaf tersebut untuk kebaikan orang ramai.
Ø  Mazhab Maliki
    Wakaf adalah mensedekahkan manfaat suatu harta selama ia wujud dan kekal pemilikan harta tersebut secara taqriri. Mazhab Hanbali mendefenisikan wakaf iaitu menahan fizikal suatu harta dan disedekahkan hasilnya untuk tujuan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
    Mazhab maliki membolehkan juga wakaf  benda bergerak, baik yang menempel dengan yang lainnya, meskipun tidak ada nash yang membolehkannya atau melaranggya. Karena dalam pandangan mazhab Maliki wakaf tidak mensyaratkan ta’bid (terus-menerus atau selama-lamanya) pada wakaf, bahkan mazhab maliki mengatan sah wakaf walaupun hanya bersifat sementara. 
Ø  Menurut mazhab Syafi’i dan Ahmad bin Hambal
   Wakaf adalah melepaskan harta yang diwakafkan dari kepemilikan wakif, setelah sempurna prosedur perwakafan. Wakif tidak boleh melakukan apa saja terhadap harta yang diwakafkan, seperti: perlakuan pemilik dengan cara pemilikannya kepada yang lain, baik dengan cara tukaran atau tidak. 
   Jika wakif wafat, harta yang diwakafkan tersebut tidak dapat diwarisi oleh ahli warisnya. Wakif menyalurkan manfaat harta yang diwakafkannya kepada mauquf ‘alaih (yang diberikan wakaf) sebagai shadaqah yang mengikat, di mana waqif tidak dapat melarang penyaluran sumbangannya tersebut. Apabila wakif melarang, maka Qadli berhak memaksanya agar memberikannya kepada mauquf ‘alaih.
     Maka dari itu Mazhab Syafi’i mendefinisikan wakaf adalah: “Tidak melakukan suatu tindakan atas suatu benda, yang berstatus sebagai milik Allah SWT, dengan menyedekahkan manfaatnya kepada suatu kebajikan (sosial)”.



No comments:

Post a Comment

MANAGEMENT SYARIAH

  A. PENGAWASAN DALAM ISLAM Kata pengawasan dipakai sebagai arti harfiah dari kata controlling. Control adalah pengawasan, penilikan, peng...