Saturday 13 November 2021

Wakaf dan Penerapannya di Indonesia

 


Indonesia merupakan salah satu negara penganut agama Islam terbanyak di dunia dengan berbagai corak suku dan budaya. jika wakaf di Indonesia dapat dimaksimalkan, baik wakaf biasa atau wakaf khusus, maka pembangunan dengan wakaf tersebut dapat meningkatkan perekonomian di Indonesia. Implementasi wakaf produktif yang dilaksanakan di Indonesia dapat membantu perekonomian dan memperbaiki taraf hidup masyarakat Islam.

 



Peranan wakaf produktif dalam membantu menaik taraf pendidikan, kesihatan dan taraf ekonomi masyarakat di kawasan Jakarta Selatan, Indonesia. Peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan, wakaf produktif telah berjaya membina sekolah madania, yaitu sekolah gratis bagi orang-orang yang tidak mampu. Manakala dalam bidang kesihatan, melalui wakaf produktif dapat membina Layanan Kesihatan Gratis yang memberikan pelayanan terbaik kepada masyarakat. Selain itu wakaf juga dapat meningkat taraf hidup masyarakat melalui sumbangan wang tunai diberikan beasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang hendak melanjutkan studi di peringkat ijazah dasar. Dedy Rachmad (2008)[1]

 

Sementara itu, wakaf produktif juga dapat membantu meningkatkan pendapatan masyarakat di kawasan tersebut. Melalui wakaf produktif telah berjaya menambah bilangan pendapatan bulanan 25 orang responden kajian yang dilakukan oleh Dedy Rachmad (2008), di mana setelah menerima bantuan wang tunai dan juga 3 orang responden meningkat pendapatannya dari dibawah garis kemiskinan kepada berada di atas garis kemiskinan selepas mendapat wang tunai. Dalam bidang menyediakan peluang pekerjaan pula, sebanyak 1,630 lokasi telah pun di agihkan dan siap menampuang seramai 3,260 orang pekerja. Selain itu, peluang pekerjaan juga dapat diusahakan menerusi pembinaan wakaf center, iaitu pusat aktiviti yang berfungsi untuk kepelbagaian seperti pusat perdagangan, stesen-stesen bas dan tempat-tempat pelancongan.[2] Penulis melihat bahawa dengan adanya wakaf tersebut dan peranannya dalam mengurangi kemiskinan, memberikan pendidikan gratis, menyediakan peluang pekerjaan dapat mencapai tujaun pembangunan ekonomi di negara tersebut.

 



Dalam kajian yang dilakukan oleh Hari Candra di Dompet Dhuafa Republika, di mana Dompet Dhuafa Republika menubuhkan Tabung Wakaf Indonesia (TWI) sebagai nazir wakaf. Meskipun di Indonesia terdapat banyak tanah wakaf, namun insitusi tersebut lebih memilih penerimaan wakaf wang supaya mudah dalam pembangunan dan pengembangan harta wakaf. Pada akhir tahun 2006 TWI telah menerima sebanyak Rp 4,69 milion dalam tempoh enam tahun operasi. Jika dilihat dari potensi wakaf wang di Indonesia tentunya jumlah tersebut masih kecil. Tabung Wakaf Indonesia menggunakan wakaf wang tersebut dalam bentuk pelaburan dengan menggunakan transaksi mudarabah dan musyarakah untuk tujuan pembangunan ekonomi masyarakat. Hal ini terlihat seperti wakaf wang tersebut digunakan untuk membiayai pengembangan usaha industri kecil dan sederhana dan menyertakan modal ke Baitul Mal Wat Tamwil (BMT) untuk tujuan pembiayaan dalam sektor bisnis. Pelaburan harta wakaf tidak hanya memiliki nilai penggunaan harta wakaf secara produktif tetapi juga memiliki nilai pembangunan ekonomi sosio kemasyarakatan.[3]

 

Kaedah pelaburan harta wakaf di Tabung Wakaf Indonesia, berasaskan kepada seseuatu yang bersifat produktif dan menghasikan keuntungan. Hasil keuntungan tersebut di manfaatkan untuk kemaslahatan sosial masyarakat dan tetap mempertahankan kewujudan aset dasar harta wakaf tersebut. Seperti pelaburan dalam bentuk wadi’ah di institusi perbankan dan penyertaan modal pada Baitul Mal wat Tamwil dengan akad mudarabah dan juga turut menguruskan wakaf saham yang hanya diambil manfaatnya (dividen) tanpat menghilangkan aset dasar.[4] Dengan cara pemberian modal usaha kepada masyarakat yang mempunyai ekonomi yang lemah maka di sinilah adanya usaha untuk pembanguan ekonomi masyarakat. Menurut Murtadho Ridhwan (2006)[5] wakaf dapat membantu masalah kemiskinan dengan beberapa cara di antaranya: pengadaan sumber pendapatan, zakat dan sedekah, pencegahan rasuah, akses pada sumber ekonomi dan kemudahan. Wakaf sememangnya memberi sumbangan yang penting dalam menyediakan kemudahan awam yang diperlukan oleh masyarakat. Seperti contoh di Jawa Tengah, wakaf telah menyumbang 89.6% dalam pembinaan masjid dan 61.3% dalam pembinaan surau di daerah Jawa Tengah. Dalam bidang pendidikan pula wakaf telah menyumbang sebanyak 19.7% Sekolah Rendah, 69% Sekolah Menengah Pertama dan 72.4% Sekolah Menengah Atas. Dari aspek kesihatan pula sebanyak 55.7% responden yang mendapat faedah daripada kemudahan-kemudahan wakaf merupakan keluarga fakir dan miskin.[6]

 



Mukhlis (2013),[7]dalam kajiannya bertajuk “Sumbangan Wakaf Tanah Produktif Terhadap Peningkatan Sosio Ekonomi Masyarakat Islam Di Medan Sumatera Utara”, mendedahkan bahawa pengelolaan wakaf produktif secara baik dapat meningkatkan taraf hidup orang-orang yang layak untuk menerima wang dari pemanfaatan tanah wakaf produktif di kota Medan. Ini terlihat daripada tahap ekonomi pendapatan masyarakat mengalami perubahan dan meningkatnya pendapatan masyarakat tersebut sebelum tanah wakaf dimanfaatkan. Seperti pemanfatan tanah wakaf produktif berupa masjid, di mana pemanfaatan air bersih dikelola oleh Badan Kenaziran Masjid. Penjualan air bersih tersebut untuk keperluan masyarakat sekitar, di mana air bersih dijual dan dapat mencapai penjualan seharian Rp 400.000 rupiah per harinya dan juga dibayarkan gaji kepada pekerja Rp 150.000/hari. Dari hasil penjualan air bersih yang dikelola oleh Badan Kenaziran Masjid Al-Ikhlas secara berterusan memberi impak positif kepada masyarakat sekitar.[8] 

 

Kemiskinan merupakan di antara masalah yang sangat serius di Indonesia, hampir 40% daripada penduduk Indonesia hidup hanya sedikit di atas garis kemiskinan nasional dan mempunyai pendapatan kurang dari US $ 2/hari. Pelbagai program untuk mengurangi kemiskinan telah dilakukan oleh pemerintah maupun pihak swasta.[9] Maka jika wakaf berperan dengan baik dalam mengembangkan harta wakaf dapat meningkatkan perekonomian masyarakat dan juga mengatasi masalah kemiskinan. Untuk mengurangkan masalah kemiskinan dengan cara meningkatkan pertumbuhan ekonomi perlu kepada upaya meningkatkan peranan wakaf, dengan adanya yayasan wakaf yang profesional yang bertugas mentadbir dan mengelola harta wakaf sehingga institusi wakaf dapat berkembang dan memberi manfaat yang lebih banyak kepada masyarakat.


Berdasarkan hasil kajian tersebut, penulis melihat bahawa wakaf telah memberikan peranan penting dalam membantu mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi di beberapa wilayah di Indonesia. Iaitu dengan menyediakan kemudahan awam bagi masyarakat yang meliputi institusi pendidikan, pusat kesihatan dan kemudahan awam lain seperti tempat peribadatan dan rumah anak yatim. Wakaf juga dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan yang berterusan yang diperuntukkan bagi orang-orang miskin.(10) Ikwan Mauludin :2016)

 

Namun  wilayah Indonesia yang sangat luas dan penduduknya sangat padat, maka jika wakaf dikelola dengan baik dan profesional akant memberikan manfaat kepada pembangunan ekonomi dalam negara. Seperti pengelolaan wakaf di negara Singapura meskipun jumlah umat Islam sedikit namun peranan wakaf sangatlah berpengaruh terhadap pembangunan ekonomi di negara tersebut. Jika hal ini dapat tercapai, maka peranan wakaf di Indonesia dapat memberikan suntikan modal utama kepada negara tersebut. Intrumen wakaf sebagai salah satu metode pembangunan fisik dan non fisik dalam Islam sangatlah jelas memberikan solusi kepada ummah. Dengan demikian masyarakat Islam harus semangat dan jujur dalam menjalankan ibadah mahdhah mahupun ibadah non mahdhah seperti praktek wakaf secara kaffah.

 



[1] Dedy Rachmad (2008), Peranan Wakaf Produktif dalam Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Muslim di Jakarta Selatan, Indonesia, Disertasi akademi pengajian Islam, University Malaya Kuala Lumpur, 155

[2] Ibid. 150-155

[3] Hari Candra (2009), Kajian Kaedah Pelaburan Harta Wakaf Di Dompet Dhuafa Republika, Indonesia, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, University Malaya. 180.

[4] Ibid. 192.

[5] Murtadho Ridhwan (2006), Peranan Wakaf Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan: Kajian Di Jawa Tengah, Indonesia, Disertasi Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 163.

[6] Ibid. 166-175

[7] Mukhlis (2013), Sumbangan Wakaf Tanah Produktif Terhadap Peningkatan Sosio Ekonomi Masyarakat Islam Di Medan Sumatera Utara, Disertasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 104

[8] Ibid. 100

[9] A. Syafii Maarif dkk, Islam, Good Governance dan Pengentasan Kemiskinan, Kebijakan Pemerintah, Kiprah kelompok Islam dan Potret Gerakan inisiatif Di Tingkat Lokal , Jakarta: Maarif Institute for culture and humanity bekerja sama dengan The Asia Foundation, (2007), 21

10. Artikel Ikwan Mauludin, Universitas Malaya : 2016. Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

MANAGEMENT SYARIAH

  A. PENGAWASAN DALAM ISLAM Kata pengawasan dipakai sebagai arti harfiah dari kata controlling. Control adalah pengawasan, penilikan, peng...