Monday, 17 April 2017

Pajak Dalam Islam 2021


PAJAK DALAM ISLAM


Sahabat sekalian, perlu kita ketahui bahwa perbelanjaan suatu negara dalam menjalankan fungsinya sangatlah besar. Hal tersebut disebabkan lini pembanguan dan kelangsungan masyarakat didalamnya akan ditentukan oleh suksesnya suatu negara melakukan control budget perbelanjaan. 

Dapat kita ambil contoh seperti kehidupan suatu keluarga, bahwa gagalnya kelangsungan hidup dinamis dalam suatu keluarga disebabkan gagalnya pengaturan perbelanjaannya. Sehingga timbullah masalah-masalah sosial secara intern keluarga yang berakibat fatal. 

Jadi bagi setiap pemimpin harus mengatuhui betul akan peranannya dalam menjalankan roda pemerintahan serta harus mempersiapkan rancangan belanja negara yang sesuai, tepat sasaran, cermat  dan transparan.

Sumber anggaran bagi suatu negara sangat banyak puncanya, namun sumber yang paling besar berasal dari pajak atau cukai. Yang merupakan pendapatan negara yang bersifat wajib sesuai dengan aturan yang berlaku pada negara tersebut.

Pada kesempatan ini, penulis akan menceritakan sedikit tentang sumber anggaran suatu negara. Cukai atau pajak sangat membantu pembangunan suatu negara, kerana penghasilan dari sector ini sangat besar dibandingkan dari sector pendapatan negara lainnya.

Cukai dapat diartikan sebagai bayaran dalam bentuk wang yang dikenakan oleh suatu kerajaan atau negara kepada individu atau syarikat. Cukai juga merupakan pemberian paksa atau pindahan wajib sumber ekonomi daripada sektor swasta kepada sektor awam agar mencapai beberapa objektif ekonomi dan sosial negara.



Menurut M.A Manan  cukai merupakan sumbangan paksa yang diwajibkan bagi orang ramai. Bayaran wajib yang dikenakan negara kepada rakyat yang terlibat dengan dasar cukai yang diamalkan.

Efek dari diwajibkan cukai pada hakikatnya adalah untuk mengutip sebahagian pendapatan rakyat secara adil dan dibagikan kepada sektor-sektor umum dalam rangka untuk menghindar  penindasan dan riba bagi negara-negara Islam.

Untuk mewujudkan kesejahteraan umum secara adil dan merata serta untuk mencapai pembangunan nasional, pihak  perlu menggali sumber dana yang berasal daripada dalam negara baik pendapatan berupa cukai atau selain cukai. Oleh itu, pelaksanaan tersebut mesti berkesinambungan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat baik dari sudut fisik maupun  materil.

Dalam mengatur inflasi, suatu negara harus menerapkan system cukai agar penghasilan negara bertambah. Berbagai sumber pendapatan negara dapat diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur umum dan kemaslahatan ummat.

Dalam Negara Islam Permasalahan cukai sudah mendapat perhatian khusus, walaupun belum disusun secara rapi dan lengkap pada masa permulaan Islam. Namun selepas Islam tersebar luas maka khalifah Umar bin Khatab mengambil satu inisiatif mengenai sistem percukaian, sehingga ia tersusun rapi dan menjadi sumber pendapatan dan pentadbiran negara. Didalam sistem pemerintahan Islam, banyak jenis cukai yang telah diterapkan.

Inilah yang menjadikan negara Islam pada masa dahulu kaya dan rakyatnya makmur. Diantara cukai yang pernah diterapkan dalam negara Islam yaitu cukai tanah (al-Kharaj), cukai perlindungan (sulh al-Jizyah), cukai diri (Jizyah al-Ru’us), dan cukai perdagangan (al-‘Usyr).



Seperti Cukai yang berlaku pada masa Khalifah al-Rasyidin, cukai Jizyah ditetapkan mengikut tahap masyarakat sama ada kaya, sederhana dan miskin. Begitu juga dengan alUshur (cukai import) dibezakan antara muslim dengan kafir harbi dan kafir zimmi. Hal tersebut menunjukkan dinamisme sistem percukaian Islam.

Namun sangat disesalkan, kebanyakan masyarakat pada hari ini menganggap bahwa zakat dan cukai adalah satu benda yang sama. Sehingga mereka berpendapat bahwa jika sudah membayar cukai maka tak usah lagi membayar zakat.

Ada juga setengah masyarakat yang ekstrim mengatakan bahwa pegambilan cukai terhadap masyarakat oleh penguasa hukumnya haram dan mutlak dilarang dalam Islam. Sehingga perlu kita ketahui secara pasti bahwa zakat dengan cukai berbeda dalam segala aspek. Zakat wajib di bayar oleh masyarakat karena syari’at Islam yang mewajibkannya (al-Quran dan al-Hadist).

Sedangkan cukai merupakan kewajiban membayar kepada negara karena perintah pemimpin Islam, bagi membangun perekonomian ummat berupa infrastruktur umum. Bagi umat Islam menaati pemimpi hukumnya wajib sehingga pemimpin tersebut bersikap dhalim dan menyimpang dari Islam baru tak wajib lagi di ikuti.

Pada masa sekarang ini di era globalisasi dan moden, kata cukai kenalkan dengan dharaib (jamak dharibah). Dan sebagian ulama Malikiyah pula menyebut cukai dengan al-wadhaif atau al-kharaj dan ulama Hanafiyah menyebut al-nawaib, sementara ulama Hanabilah menyebutnya dengan al-kulaf al-sulthaniyah.

Menurut Yusuf al-Qardawi cukai hampir sama dengan zakat, beliau menjelaskan bahawa terdapat aspek persamaan dan perbezaan antara cukai dengan zakat. Aspek persamaan tersebut ialah:

a.      Unsur paksaan dan kewajiban yang terdapat dalam cukai dan juga zakat
b.  Cukai dibayar kepada institusi ataupun negara, zakat pun mesti diberikan kepada negara atau institusi yang berautoriti (‘amil zakat)
c.     Dalam cukai tidak ada balasan tertentu iaitu pembayar cukai akan membayar cukai kepada kerajaan tanpa diberikan pulangan tertentu. Begitu juga dengan muzakki (orang yang membayar zakat) tidak mendapat balasan tertentu.
d.   Jika tujuan daripada cukai pada masa kini ialah untuk tujuan ekonomi, politik dan kebajikan masyarakat, maka zakat pun demikian. Bahkan tujuan daripada zakat lebih jauh lagi dan sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat.

Menurut pendapat Ulama Kontemporer Islam Yusuf al-Qardawi, cukai bukan sahaja memberri faedah semata-mata kewangan ,namun tujuan asasnya ialah mengumpulkan uang  untuk membiayai segala keperluan negara.

Sedangkan harta lainnya yang diperoleh seperti zakat ia hanya terbatas pada delapan golongan asnaf sahaja yang telah disebutkan dalam al-Qur’an. Oleh itu, harta seperti zakat hanya boleh dipergunakan kepada sektor yang dibolehkan dalam syara'.


Harta zakat tidak boleh dipergunakan untuk membangun jalan, jembatan dan pembangunan lainnya. Oleh itu, untuk membiayai keperluan-keperluan kos pembangunan dan belanja negara tidak ada jalan lain kecuali negara mewajibkan cukai kepada rakyat.

Banyak dikalangan Para ulama yang membolehkan mengambil cukai dengan tujuan sebagai sumber pendapatan negara  cukai tersebut diwajibkan oleh pemimpin dalam suatu negara kepada rakyatnya.

Yusuf Al-Qardawi mengutip pendapat imam al-Ghazali yang bermazhab Syafi’i, di mana al-Ghazali menyatakan bahawa apabila kas negara kosong dan tidak ada biaya yang mencukupi untuk pengeluaran biaya tentara dan dikhawatirkan musuh dapat masuk ke negara Islam atau terjadinya pemberontakan dari pihak mereka yang bermaksud jahat, maka dibolehkan kepada pemimpin negara mengutip biaya dari orang kaya sekadar dapat mencukupi pembiayaan tentara.

Pendapat seperti ini menurut al-Qardawi tidak ditemukan pada masa permulaan Islam, kerana pada waktu itu kewangan negara cukup besar. Berbeza dengan zaman sekarang, jika pemimpin negara tidak mewajibkan cukai maka akan hilanglah kekuasaannya dan negara akan menghadapi penguasaan orang kafir, padahal segalanya itu terletak pada kekuatan pemimpin negara. Namun perlu disadari oleh penguasa negara bahwa pemungutan cukai kepada masyarakat jangan terlampau besar.

Segala kebijakan yang di ambil oleh penguasa harus mengikut konsep siyasah syar’iyyah. Jangan sampai pemungutan cukai pada masyarakat menjadi lombong korupsi bagi pejabat negara untuk melakukan kesalahan.

Suatu negara dalam pandangan Yusuf al-Qardhawi mempunyai peran untuk mewajibkan zakat dan juga negara mempunyai peran untuk mewajibkan cukai pendapatan bagi penduduk yang layak untuk kenakan cukai.

Pengenaan cukai merupakan suatu cara pengagihan pendapatan yang membantu kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan selain zakat. Semua bentuk cukai yang diwajibkan oleh kerajaan tujuannya hanya satu iaitu untuk kebajikan bagi rakyat, baik rakyat yang muslim atau non muslim. Atas dasar itulah bahawa suatu negara Islam boleh mengenakan cukai kepada rakyatnya.
           
Oleh itu, yang menjadi priotiti sekarang sehubungan kebolehan bagi negara-negara Islam untuk mengutip cukai daripada rakyat dan kewajiban rakyat untuk mentaatinya adalah kutipan cukai itu mestilah di dasarkan pada pertimbangan kemaslahatan yang benar-benar (muhaqqaqah). 

Namun demikian, sering terjadi kesalahpahaman dalam mengartikan sesuatu sebagai mashlahah atau mafsadah. Jika kita mengkaji lebih mendalam bahawa kemashlatan yang dimaksudkan itu hanyalah cenderung kepada keuntungan individu atau kepentingan golongan tertentu. 

Sedangkan rakyat menderita dengan adanya cukai yang tidak adil. Maka oleh itu, Umer Chapra dan al-Qardhawi menetapkan beberapa hal yang dikatakan cukai yang adil bagi dilaksanakan cukai dalam suatu negara Islam.

M.Umer Chapra juga menyatakan tentang sistem cukai yang adil, sebagaimana juga beliau setuju dengan pendapat fuqaha tentang cukai, bahawa percukaian yang adil ialah sistem yang menepati tiga syarat, iaitu:
1.  Cukai yang dikenakan bagi membiayai perkara yang dianggap sangat diperlukan bagi kepentingan merealisasikan maqasid.
2. Beban cukai tidaklah terlalu berat berbanding dengan kemampuan rakyat untuk memikulnya dan ini mestilah diagihkan secara sama rata ke atas golongan yang mampu membayarnya.
3.      Hasil kutipan cukai hendaklah dibelanjakan dengan cermat untuk memenuhi asalnya.

Negara juga wajib menyuruh masyarakat untuk membayar pajak secara pribadi, seperti waqaf, zakat, sedekah dan lainnya bagi membina dan mengendalikan sebanyak mungkin institusi pendidikan, hospital, skim perumahan bagi orang miskin, rumah anak yatim, dan pelbagai projek pelayanan sosial lainnya.



Cukai termasuk kepada pendapatan utama negara. Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara hendaklah diterapkan juga dalam sistem percukaian negara. Sehingga sangat penting memberi kefahaman kepada masyarakat yang luas dan mendalam serta agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pelaksanaan cukai di setiap negara karena tuntutan Agama Islam kepada kita semua.

Dasar hukum mengenai sejarah dan sistem ekonomi Islam dan perakaunan Islam, kaedah pengiraan zakat dan status zakat dalam pengiraan cukai adalah amat perlu difahami oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam.

Menolak untuk tidak membayar cukai , maka akan berakibat negative bagi pembangunan suatu negara. Dengan demikian penghasilan negara Islam lebih besar dalam pungutan wajib dari masyarakat itu sendiri. Namun sangat di sayangkan masyarakat yang hidup di negara Islam tidak semuanya makmur dan sejahtera.


Sehingga sangat jelas tampak  jurang pemisah sumber kehidupan. Banyak pemimpin negara Islam sudah tidak lagi menjalankan sitem cukai dengan benar, mereka memanfaatkan sumber pendapatan negara untuk di korupsi pribadi dan kelompok. Fungsi utama cukai sudah bergeser jauh dari ketetapan konsep yang rasul terapkan dulu yang terbukti membuat negara Islam maju dan membawa manfaat sejahtera kepada masyarakat Islam sendiri.


Kita yang tidak mempunyai wewenang dalam pemerintahan, jangan menyerah untuk berdoa kepada Allah agar pemimpin kita di ilhami kesadaran untuk mengabdi kepada rakyat. Bukan sebaliknya, para pemimpin- peminpin menjadikan masyarakatnya kuli untuk membayar pajak. Sedangkan uangnya dipakai untuk konsumsi pribadi, sungguh biadap prilaku pemimpin pemimpin yang terlahir muslim akan tetapi berprilaku jahiliah. wallahu'alam bissawab



Rujukan Buku:
A. Malik Madaniy, Pajak dalam Perspektif Fiqh Islam,Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga, 2008.
A.A. Barata dan A.A. Adrian, Percukaian, Bandung: CV Amico, 1989.
Hailani Muji Tahir, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan, ed. ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
Hamdan Aini, Percukaian, Jakarta: Bumi Aksara, 1985.
Md. Zyadi Md. Tahir et al., Ekonomi Percukaian, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
Md. Zyadi Md. Tahir, “Sistem Belanjawan Negara”, dalam Abd Ghafar Ismail et al.. Makro Ekonomi Malaysia: Perspektif Dasar, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998.
Nor Azizah Abd Manaf, Noraza Mat Udin, Zaimah Zainol Arifin, Pengenalan Kepada Sistem Pencukaian di Malaysia, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2004.
Nor Shaipah Abdul Wahan dan Hazeline Ayoup, Pengantar Percukaian, Petaling Jaya: Pearson Malaysia, 2006.
Waluyo et al., Perpajakan Indonesia, Jakarta: Salemba Empat, 2002.
Rujukan Jurnal/thesis/disertasi:
Damanhur, “Kesan Pelaksanaan Cukai Pendapatan dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Membayar Zakat Pendapatan di Aceh”, disertasi sarjana, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010.
Fuadah Binti Johari, “Pelaksanaan Sistem Cukai Al-Kharaj dengan Cukai Tanah Malaysia: Suatu Analisis Perbandingan”, thesis Phd, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2011.
Hanin Mahamud Azaki, “Pemikiran Abu Yusuf Mengenai Kewangan Islam: Kajian Dalam Kitab Al-Kharaj”, disertasi sarjana, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2002.

Mahmud Saedon Awang Othman dan Muhammad bin Arifin, “Percukaian Tanah Menurut Perspektif Islam”, Jurnal Syariah 7, bil. 1, 43-54

No comments:

Post a Comment

MANAGEMENT SYARIAH

  A. PENGAWASAN DALAM ISLAM Kata pengawasan dipakai sebagai arti harfiah dari kata controlling. Control adalah pengawasan, penilikan, peng...